pj

pj

Wednesday 17 September 2014

Permainan bersandarkan model Bunker dan Thrope


KATEGORI : JARING/DINDING 

NAMA PERMAINAN : BADSQUA


PENGENALAN :


 *Permainan ini merupakan gabungan dari dua permainan yang biasa didengari iaitu badminton dan squash.


*Melalui dua permainan ini maka terhasillah nama permainan BADSQUA. 

*Raket badminton digunakan dalam permainan ini. Manakala bolanya adalah bola getah/bola squash.


*Bola kertas tersebut dipukul ke arah dinding seolah-olah permainan squash.   


 TUJUAN:

* Permainan ini direka khas untuk memahirkan pemain dalam asas pukulan dan kepekaan dalam membuat pukulan/tindakan seperti dalam permainan squash.


* Permainan ini membantu pemain agar dapat mereka cara-cara bermain dan mempelajari cara untuk mengawal permainan dengan baik .


* Pemain dapat membentuk pemikiran yang cerdas dalam membuat keputusan untuk bergerak dan membalas pukulan.


ALATAN :


* Bola Getah dan Raket Badminton

 ALATAN BILANGAN BOLA GETAH 2 ( 1 Bersaiz Kecil Dan1 Bersaiz Besar ) RAKET BADMINTON 2 ( 2 Untuk 2 Pemain Dan Hanya 1 Untuk Seorang Pemain) KAWASAN : * Gelanggang Squash atau Kawasan Yang Berdinding .

PROSEDUR :


1. Sediakan raket badminton dan bola getah.


2. Gunakan gelanggang squash atau kawasan yang mempunyai dinding untuk bermain.


3. Gunakan dinding sebagai lawan iaitu memukul bola getah ke dinding dan bola akan melantun semula.


4. Bahagikan pemain kepada 2 kumpulan yang sama rata. Bilangan pemain dalam satu masa adalah 2 orang iaitu seorang daripada kumpulan 1 dan seorang daripada kumpulan 2.masa ditetapkan selama 7 minit dalam satu perlawanan . Sistem perlawanan ini adalah kalah mati.


5. Pemain akan bergilir-gilir memukul bola.


6. Mata atau markah dikira berdasarkan bilangan pukulan yang dapat dibalas .


7. Pemain yang gagal membalas pukulan dikira kalah. Manakala pemain yang berjaya bertahan dan menewaskan pesaing digelar sebagai pemenang.


KESELAMATAN :


* Gunakan pakaian dan kasut yang bersesuaian untuk bermain.


* Pastikan kawasan untuk bermain adalah rata dan tidak terlalu licin.


* Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti .


* Pastikan tubuh badan dalam keadaan sihat untuk bermain.


* Lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan aktiviti.


SOALAN FOKUS :


1. Mengapakah pemain dihadkan maksimum 2 orang sahaja ?


2. Adakah wajar menggunakan bola daripada kertas dalam permainan ini?


3. Mengapakah perlu memukul bola atas dari paras rendah?


VARIASI :

1. Gantikan bola getah kecil kepada bola getah yang bersaiz lebih besar.

2. Bilangan pemain dikurangkan menjadi seorang(individu) dan mata dikira berdasarkan bilangan pukulan yang dapat disambut dengan menggunakan bola bersaiz kecil.


3. Bermain secara individu dan menggantikan bola bersaiz kecil kepada bola bersaiz besar.
















Rujuk disini untuk melihat lebih lanjut dalam persembahan multimedia..

No comments:

Post a Comment