Berdasarkan maklumat kemahiran belajar yang cemerlang dan kemahiran literasi maklumat,bina satu bentuk grafik dengan menggunakan alat-alat berfikir .
Klik pada tajuk dibawah untuk melihat Contoh tugasan Hasliena Binti Hussin ;)
1)kemahiran belajar yang cemerlang
2)kemahiran literasi maklumat
klik disini untuk melihat contoh pautan ke laman
pj
Wednesday, 24 September 2014
Tuesday, 23 September 2014
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP MURID-MURID DALAM MEMENUHI ASPIRASI YANG DISURATKAN OLEH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.
Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
Pendidikan jasmani memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri. Ia juga memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat,memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti dan mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.
Objektif pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama iaitu kognitif ,mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Hasrat di dalam Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,jasmani dan sosial( JERIS) maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam pelaksanaan pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikan penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warga negara yang cemerlang dan cergas.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sejajar dengan aspirasi yang disuratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan,tunjang fizikal dan estetika merupakan tunjang yang mendukung hasratkan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain daripada aspek fizikal,potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan proses pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaslah bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu penting kerana merupakan salah satu mata pelajaran yang dimuatkan disekolah yang mampu untuk memenuhi aspek pengajaran menyeluruh dari segi teori dan amali. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini memebri peluang kepada murid-murid untuk meneroka dan bebas bergerak serta melakukan aktiviti mengikut kreativiti mereka tersendiri berdasarkan saranan dan teori yang disampaikan oleh guru-guru sebelum mereka memulakan aktiviti. Murid-murid di sekolah rendah sudah semestinya lebih berminat dan tertarik dengan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana mereka mampu bergerak tanpa perlu duduk lama di atas kerusi dan menghadap buku yang secara fitrahnya bukan minat mereka yang sedang membesar. Murid-murid diperingkat sekolah rendah ini di dalam proses membesar dan sel-sel di dalam tubuh mereka sedang giat dan aktif,maka sudah pastinya mereka ingin bergerak dan kadang-kala tidak mengenal erti penat.
Melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,nilai estetika atau nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksana dan dipraktikkan. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan di dalam subjek ini dan menekankan memerlukan tentang disiplin dan ketepatan masa. Selain itu, pergaulan yang baik dapat wujud ketika melakukan aktiviti lebih-lebih lagi yang memerlukan penglibatan di dalam pasukan. Disamping itu,nilai kerjasama juga dapat diwujudkan. Pendidikan fizikal ini juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal,intelektual,sosial dan emosi melalui pengalaman aktiviti fizikal ( Doherty dan Brennan,2008)
Kesimpulannya ,para guru memainkan peranan di dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. (Montel, 2011) Subjek Pendidikan Jasmani amat penting kerana menjadi salah satu tunjang di dalam aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu didalam tunjang aktiviti fizikal dan nilai estetika yang secara sinonimnya kedua-dua aspek ini dapat diadun dengan baik jika dilaksanakan dengan baik.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.
Klik disini untuk rmerujuk persembahan multimedia matlamat PJ
Klik disini untuk rmerujuk persembahan multimedia matlamat PJ
RUJUKAN
Jais, M. r. (2010). Pendidikan Jasmani. Retrieved from http://www.sabah.edu.my/promedia/Bahan_Telupid/telupid/RIDZIS/lamanutama.html
King, M. (2012). jelaskan kepentingan pendidikan jasmani. Retrieved from http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/1-jelaskan-kepentingan-mata-pelajaran.html
Montel, P. (29 disember, 2011). Kepentingan Pendidikan Jasmani. Retrieved from http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/90-kepentingan-pendidikan-jasmani.html
Sunday, 21 September 2014
INTEGRITI
Apa Itu Integriti? Maksud Integriti
Apa itu Integriti
Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah maksud sebenar integriti ini?
Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.
Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).
Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai?
Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.
Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat, membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya.
Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang.
Sumber: develop-tutor.blogspot.com
Makna Intergriti dari Wikipedia
Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Wednesday, 17 September 2014
SISTEM RESPIRATORI MANUSIA
PENGENALAN
Respirasi adalah proses
pertukaran gas dalam badan .
Terdapat 2 jenis respirasi
iaitu :
Ø Pernafasan eksternal
Ø Pernafasan internal
GAMBAR
RAJAH SISTEM
PERNAFASAN
EKSTERNAL
Pertukaran oksigen dan karbon
dioksida berlaku di paru-paru.
Oksigen disalurkan melalui
hidung dan mulut.
Kemudian melalui trakea dan
tiub bronkiol ke alveoli.
Proses ini berkait rapat
dengan darah dalam kapilari pulmonari.
Oksigen akan menembusi membran
alveolar-kapilari danhemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen ke
jantung.
Darah dipam ke seluruh tubuh
melalui arteri.
Darah keluar dari paru-paru
mempunyai tekanan oksigen 100mmHg dan hemoglobin 95% tepu oksigen.
Karbon dioksida yang terhasil
menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah kemudian melalui tiub bronkiol
dan trakea ke hidung serta mulut.
Membran alveolar-kapilari
merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah.
4 Proses Pernafasan Eksternal :
Ø Ventilasi pulmonari-ganti
udara dalam alveoli dengan udara luar.
Ø Aliran darah melalui
paru-paru.
Ø Pengagihan aliran udara dan
darah sehingga jumlah tepat dan sampai ke semua bahagian tubuh.
Ø Gabungan gas yang menembusi
membran pemisah alveolar-kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan
darah berbanding oksigen.
¢
Semasa lakukan senaman, darah yang datang dari
paru-paru mengandungi karbon dioksida > oksigen.
¢
Karbon dioksida tidak dapat dikumuhkan,maka pengecutan
darah dalam arteri darah bertambah.
¢
Merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk
mempercepat dan memperdalamkan pernafasan supaya karbon dioksida dapat dikumuh
serta paru-paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.
PERNAFASAN INTERNAL
¢
Berlaku pada semua tisu badan.
¢
Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat.
¢
Hemoglobin tersebuttepu dengan oksigen.
KOMPONEN
SISTEM RESPIRATORI
q
Sistem pernafasan berlaku dengan adanya organ-organ
tertentu iaitu:
q
hidung
q
Farinks
q
larinks,trakea,bronkus
RANGKA
LARINKS
FUNGSI SETIAP ORGAN :
Melibatkan 2 proses fizikal :
q
Tarikan nafas(inhalation)
q
Hembusan nafas(ekspirasi)
INHALATION
Proses
di mana udara masuk ke dalam paru-paru
Untuk
membolehkan udara masuk ke paru-paru, tekanan di alveoli mestilah rendah
daripada tekanan di atmosfera.
Keadaan
ini boleh dicapai dengan meningkatkan isipadu paru-paru.
Oleh
itu, paru-paru mestilah mengembang untuk meningkatkan isipadu paru-paru dan
merendahkan tekanan udara di dalam paru-paru.
EXHALATION
¢
Juga dipanggil ‘ekpirasi’
¢
Proses pergerakan udara keluar dari paru-paru
¢
Tekanan di dalam paru-paru lebih tinggi daripada
tekanan di atmosfera.
¢
Tidak ada pengecutan otot berlaku.
¢
Hembusan nafas adalah hasil daripada ‘elastic recoil’
yang berlaku pada dinding toraks dan paru-paru
¢
Tendency natural
akan kembali semula ke keadaan asal setelah diregang.
¢
Apabila otot ‘external intercostals’ relax, tulang
rusuk akan tertekan. Oleh itu tekanan dalam paru-paru akan meningkat. Maka
udara akan bergerak keluar. Dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan
rendah.
Melibatkan otot-otot:
q
Otot diafragma
q
Interkosa luaran
- Diafragma
Pengecutan otot diafragma akan menyebabkan ia
mendatar. Dan meningkatkan dimensi rongga toraks
Dalam pernafasan normal, diafragma akan menurun
sebanyak 1cm, dan menghasilkan tekanan udara sebanyak 1-3mmHg.
75% udara yang masuk ketika inhalation adalah hasil
daripada pengecutan otot diafragma.
2. Interkosa luaran
§ Apabila otot interkosa luaran mengecut, tulang rusuk
akan terangkat ke atas.
§ Ini akan meningkatkan diameter rongga toraks.
§ 25% udara yang masuk ketika menarik nafas adalah hasil
daripada pengecutan otot interkosa luaran.
PERUBAHAN
YANG BERLAKU SEMASA MEKANISME TARIKAN DAN HEMBUSAN
¢
Apabila menarik nafas, otot diafragma akan menguncup
dan ruang toraks jadi lebih luas.
¢
Paru-paru mengembung dan tekanan udara berkurangan.
¢
Udara akan ditarik masuk melalui salur udara ke dalam
paru-paru.
¢
Semasa menghembus nafas,ruang dada jadi kecil.
¢
Otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik
ke bawah oleh otot interkosa dalam.
¢
Tekanan udara jadi lebih tinggi didalam paru-paru.
¢
Udara berasak-asak keluar.
PERGERAKAN
YANG DIANGGAP ISTIMEWA
- Mengeluh dan menguap – gerakan menarik nafas yang
panjang.
- Batuk dan bersin – gerakan menghembus nafas yang
terpaksa.
- Tersedu – gerakan menarik nafas dengan mengejut
kerana sentakan otot diafragma. Bunyi terhasil kerana udara dihirup dengan
segera melalui pita suara .
KAWALAN
PERNAFASAN
¢
Terdapat 2 faktor yang mengawal pernafasan :
1 )Kawalan saraf:
q
Kawalan gerakan pernafasan jadikan automatik.
q
Manusai mampu kawal gerakan dengan masa yang pendek
sahaja.
q
Pusat gerakan-medula oblongata-bertanggungjawab
jadikan pergerakan automatik.
q
Di pusat medula oblogata –utusan saraf mengalir
melalui gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma serta otot-otot
pernafasan lain.
2)Kawalan
kimia:
q
Pusat kawalan pernafasan:
v
Kepekaan
terhadap karbon dioksida dalam darah tinggi
v
Terangsang apabila karbon dioksida meningkat
v
Kawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah
v
Tentukan bilangan dan panjang sesuatu pernafasan.
PERKAITAN
¢
Sistem pernafasan digunakan untuk menggantikan gas
dalam badan.
¢
Proses penukaran ini antara gas oksigen dengan karbon
dioksida dalam darah.
¢
Oksigen dibawa oleh darah ke seluruh badan untuk
membantu sel-sel badan menggerakkan organ badan dengan baik.
¢
Semakin cekapnya proses penukaran oksigen ini,semakin
banyak pergerakan dapat dilakukan dengan lebih lancar.
¢
Tanpa sistem pernafasan yang baik, hemoglobin dalam
darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup. Maka,aktiviti fizikal akan
terganggu dan kemungkinan tidak dapat dilakukan
RUJUKAN
Pearce, E. (2005). Anatomi dan
fisiologi-Untuk
Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books
Centre Sdn.Bhd.
Rajikin, B. O. (2005). Pengenalan
sistem tubuh dan
penyakitnya.
kuala lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rashid, A. H. (2001). Anatomi
umum. Hulu
Kelang,Selangor: Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)