Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.
Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
Pendidikan jasmani memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri. Ia juga memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat,memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti dan mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.
Objektif pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama iaitu kognitif ,mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Hasrat di dalam Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,jasmani dan sosial( JERIS) maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam pelaksanaan pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikan penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warga negara yang cemerlang dan cergas.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sejajar dengan aspirasi yang disuratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan,tunjang fizikal dan estetika merupakan tunjang yang mendukung hasratkan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain daripada aspek fizikal,potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan proses pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaslah bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu penting kerana merupakan salah satu mata pelajaran yang dimuatkan disekolah yang mampu untuk memenuhi aspek pengajaran menyeluruh dari segi teori dan amali. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini memebri peluang kepada murid-murid untuk meneroka dan bebas bergerak serta melakukan aktiviti mengikut kreativiti mereka tersendiri berdasarkan saranan dan teori yang disampaikan oleh guru-guru sebelum mereka memulakan aktiviti. Murid-murid di sekolah rendah sudah semestinya lebih berminat dan tertarik dengan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana mereka mampu bergerak tanpa perlu duduk lama di atas kerusi dan menghadap buku yang secara fitrahnya bukan minat mereka yang sedang membesar. Murid-murid diperingkat sekolah rendah ini di dalam proses membesar dan sel-sel di dalam tubuh mereka sedang giat dan aktif,maka sudah pastinya mereka ingin bergerak dan kadang-kala tidak mengenal erti penat.
Melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,nilai estetika atau nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksana dan dipraktikkan. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan di dalam subjek ini dan menekankan memerlukan tentang disiplin dan ketepatan masa. Selain itu, pergaulan yang baik dapat wujud ketika melakukan aktiviti lebih-lebih lagi yang memerlukan penglibatan di dalam pasukan. Disamping itu,nilai kerjasama juga dapat diwujudkan. Pendidikan fizikal ini juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal,intelektual,sosial dan emosi melalui pengalaman aktiviti fizikal ( Doherty dan Brennan,2008)
Kesimpulannya ,para guru memainkan peranan di dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. (Montel, 2011) Subjek Pendidikan Jasmani amat penting kerana menjadi salah satu tunjang di dalam aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu didalam tunjang aktiviti fizikal dan nilai estetika yang secara sinonimnya kedua-dua aspek ini dapat diadun dengan baik jika dilaksanakan dengan baik.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.
Klik disini untuk rmerujuk persembahan multimedia matlamat PJ
Klik disini untuk rmerujuk persembahan multimedia matlamat PJ
RUJUKAN
Jais, M. r. (2010). Pendidikan Jasmani. Retrieved from http://www.sabah.edu.my/promedia/Bahan_Telupid/telupid/RIDZIS/lamanutama.html
King, M. (2012). jelaskan kepentingan pendidikan jasmani. Retrieved from http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/1-jelaskan-kepentingan-mata-pelajaran.html
Montel, P. (29 disember, 2011). Kepentingan Pendidikan Jasmani. Retrieved from http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/90-kepentingan-pendidikan-jasmani.html
As salam...saya minta utk copy paste utk menyiapkan assignment saya boleh ?
ReplyDeleteboleh saja ;)
DeleteBapak kau
ReplyDelete