pj

pj

Wednesday, 17 September 2014

SISTEM RESPIRATORI MANUSIA

PENGENALAN
Respirasi adalah proses pertukaran gas dalam badan .
Terdapat 2 jenis respirasi iaitu :
Ø  Pernafasan eksternal
Ø  Pernafasan internal
GAMBAR RAJAH SISTEM

PERNAFASAN EKSTERNAL
Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.
Oksigen disalurkan melalui hidung dan mulut.
Kemudian melalui trakea dan tiub bronkiol ke alveoli.
Proses ini berkait rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari.
Oksigen akan menembusi membran alveolar-kapilari danhemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen ke jantung.
Darah dipam ke seluruh tubuh melalui arteri.
Darah keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100mmHg dan hemoglobin 95% tepu oksigen.
Karbon dioksida yang terhasil menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah kemudian melalui tiub bronkiol dan trakea ke hidung serta mulut.
Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah.
4 Proses Pernafasan Eksternal :

Ø  Ventilasi pulmonari-ganti udara dalam alveoli dengan udara luar.
Ø  Aliran darah melalui paru-paru.
Ø  Pengagihan aliran udara dan darah sehingga jumlah tepat dan sampai ke semua bahagian tubuh.
Ø  Gabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar-kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen.

¢  Semasa lakukan senaman, darah yang datang dari paru-paru mengandungi karbon dioksida > oksigen.
¢  Karbon dioksida tidak dapat dikumuhkan,maka pengecutan darah dalam arteri darah bertambah.
¢  Merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan supaya karbon dioksida dapat dikumuh serta paru-paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.

PERNAFASAN INTERNAL

¢  Berlaku pada semua tisu badan.
¢  Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat.
¢  Hemoglobin tersebuttepu dengan oksigen.
¢  Pengoksigenan berlaku apabila sel tisu ambil oksigen dari hemoglobin = karbon dioksida .



KOMPONEN SISTEM RESPIRATORI
q  Sistem pernafasan berlaku dengan adanya organ-organ tertentu iaitu:
q  hidung
q  Farinks
q  larinks,trakea,bronkus
q  paru-paru






RANGKA LARINKS


FUNGSI SETIAP ORGAN :










MEKANISME PERNAFASAN

Melibatkan 2 proses fizikal :
q  Tarikan nafas(inhalation)
q  Hembusan nafas(ekspirasi)


INHALATION
  Proses di mana udara masuk ke dalam paru-paru
  Untuk membolehkan udara masuk ke paru-paru, tekanan di alveoli mestilah rendah daripada tekanan di atmosfera.
  Keadaan ini boleh dicapai dengan meningkatkan isipadu paru-paru.
  Oleh itu, paru-paru mestilah mengembang untuk meningkatkan isipadu paru-paru dan merendahkan tekanan udara di dalam paru-paru.

EXHALATION
¢  Juga dipanggil ‘ekpirasi’
¢  Proses pergerakan udara keluar dari paru-paru
¢  Tekanan di dalam paru-paru lebih tinggi daripada tekanan di atmosfera.
¢  Tidak ada pengecutan otot berlaku.
¢  Hembusan nafas adalah hasil daripada ‘elastic recoil’ yang berlaku pada dinding toraks dan paru-paru
¢  Tendency natural  akan kembali semula ke keadaan asal setelah diregang.
¢  Apabila otot ‘external intercostals’ relax, tulang rusuk akan tertekan. Oleh itu tekanan dalam paru-paru akan meningkat. Maka udara akan bergerak keluar. Dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.









Melibatkan otot-otot:


q  Otot diafragma
q  Interkosa luaran

  1. Diafragma 
Pengecutan otot diafragma akan menyebabkan ia mendatar. Dan meningkatkan dimensi rongga toraks
Dalam pernafasan normal, diafragma akan menurun sebanyak 1cm, dan menghasilkan tekanan udara sebanyak 1-3mmHg.
75% udara yang masuk ketika inhalation adalah hasil daripada pengecutan otot diafragma.



2.    Interkosa luaran

§  Apabila otot interkosa luaran mengecut, tulang rusuk akan terangkat ke atas.
§  Ini akan meningkatkan diameter rongga toraks.
§  25% udara yang masuk ketika menarik nafas adalah hasil daripada pengecutan otot interkosa luaran.

PERUBAHAN YANG BERLAKU SEMASA MEKANISME TARIKAN DAN HEMBUSAN


¢  Apabila menarik nafas, otot diafragma akan menguncup dan ruang toraks jadi lebih luas.
¢  Paru-paru mengembung dan tekanan udara berkurangan.
¢  Udara akan ditarik masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.
¢  Semasa menghembus nafas,ruang dada jadi kecil.
¢  Otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosa dalam.
¢  Tekanan udara jadi lebih tinggi didalam paru-paru.
¢  Udara berasak-asak keluar.

PERGERAKAN YANG DIANGGAP ISTIMEWA

  1. Mengeluh dan menguap – gerakan menarik nafas yang panjang.
  2. Batuk dan bersin – gerakan menghembus nafas yang terpaksa.
  3. Tersedu – gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi terhasil kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara .

KAWALAN PERNAFASAN

¢  Terdapat 2 faktor yang mengawal pernafasan :
1 )Kawalan saraf:
q  Kawalan gerakan pernafasan jadikan automatik.
q  Manusai mampu kawal gerakan dengan masa yang pendek sahaja.
q  Pusat gerakan-medula oblongata-bertanggungjawab jadikan pergerakan automatik.
q  Di pusat medula oblogata –utusan saraf mengalir melalui gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma serta otot-otot pernafasan lain.

2)Kawalan kimia:
q  Pusat kawalan pernafasan:
v   Kepekaan terhadap karbon dioksida dalam darah tinggi
v  Terangsang apabila karbon dioksida meningkat
v  Kawal atur jumlah karbon dioksida  di dalam darah
v  Tentukan bilangan dan panjang sesuatu pernafasan.

PERKAITAN

¢  Sistem pernafasan digunakan untuk menggantikan gas dalam badan.
¢  Proses penukaran ini antara gas oksigen dengan karbon dioksida dalam darah.
¢  Oksigen dibawa oleh darah ke seluruh badan untuk membantu sel-sel badan menggerakkan organ badan dengan baik.
¢  Semakin cekapnya proses penukaran oksigen ini,semakin banyak pergerakan dapat dilakukan dengan lebih lancar.
¢  Tanpa sistem pernafasan yang baik, hemoglobin dalam darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup. Maka,aktiviti fizikal akan terganggu dan kemungkinan tidak dapat dilakukan

RUJUKAN

Pearce, E. (2005). Anatomi dan fisiologi-Untuk
         Jururawat.   Kuala Lumpur: Golden Books
        Centre Sdn.Bhd.
Rajikin, B. O. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan              
           penyakitnya. kuala lumpur: Dewan Bahasa
           dan Pustaka.
Rashid, A. H. (2001). Anatomi umum. Hulu
            Kelang,Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.


No comments:

Post a Comment